Sabah sudah melalui separuh abad sebagai negeri merdeka dari cengkamaan penjajah SBUB sejak 1881 dan bebas sepenuhnya pada 1963. Sebelum Sabah menyertai pembentukan Malaysia, ianya telah diisytiharkan sebagai sebuah negara selama 15 hari iaitu merdeka daripada penjajahan 31 Ogos 1963. Makna sebagai sebuah negara adalah amat bererti buat rakyat Sabah dan di mana penjajahan selama 82 tahun sudah cukup mengajar erti jiwa hamba kepada jiwa merdeka.
Menghayati perjuangan tokoh-tokoh tempatan seperti Raja Ismail, Raja Tebuk, Datu Tating, Sharif Uthman, Raja Laut, Paduka Mat Salleh, Pak Musa, Antanom, Sagunting, Langkap, Panglima Udun, Mat Sator, Kamunta, Datu Mamuda, Datu Kedunding, Andamun, Pengiran Indera Jaya, Sharif Ali dan beberapa tokoh lain yang turut berjuang menghalang, menentang serta menghalau penjajah dari terus berkuasa merata harta warisan rakyat jelata Sabah. Kesemua tokoh-tokoh ini membayar perjuangan mereka dengan harta, masa, tenaga, pemikiran serta nyawa.
Antara tokoh pejuang yang lebih awal merintis perjuangan menentang penjajah seperti Datu Tating yang menyerang Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1775 di Pulau Balambangan. Beliau dengan berani menyerang British berserta para pengikut beliau yang terdiri daripada kaum Suluk dan Iranun. Tindakan Datu Tating ini menjadi pencetus terhadap penentangan di Sabah, dan juga selepas peristiwa Pulau Balambangan, Raja Ismail dan Raja Tebuk turut membantu Sultan Mahmud menyerang Belanda di Tajung Pinang, Riau Johor pada tahun 1778, selepas itu Raja Tebuk (Raja Lanoon) turut membantu Sultan Abdullah menyerang Francis Light di Seberang Perai pada tahun 1791. Manakala Sharif Uthman menentang Inggeris di Teluk Marudu sekitar tahun 1830an, dan penentangan ini diakhiri oleh Sharif Ali di Pandasan dan Ontoros anak lelaki Antanum di Tenom pada tahun 1915.
Kemerdekaan yang dinikmati oleh rakyat Sabah pada ketika ini adalah hasil pengorbanan para pejuang yang telah membayar dengan nyawa sekali. Misi perjuangan mereka adalah pembebasan secara mutlak iaitu menghalang penjajah daripada terus mengeskploitasi pemikiran rakyat serta ekonomi demi mengaut keuntungan sepenuhnya. Penjajahan secara rasmi pada tahun 1881 merupakan tindakan tegas oleh pihak penjajah agar segala aktiviti ekonomi Sabah dapat dijana semaksimanya. SBUB di bawah pimpinan Alfred Den dengan Varon Overback merupakan dua tokoh penting penjajah yang memajak Sabah daripada kesultanan Sulu. Pemajakan secara rasmi telah berlaku pada tahun 1881, dan sebelum itu penentangan orang tempatan terhadap penjajah yang bermula sekitar 1775 dalam tempoh 106 tahun barulah hasrat serta cita-cita pihak kolonial berjaya mendapatkan Sabah sepenuhnya.
Penentangan oleh Sharif Uthman sekitar 1830an di Teluk Marudu terhadap Syarikat Hindia Timur Inggeris merupakan penentangan terbesar di Sabah. Beliau bersama pengikutnya seramai lebih kurang 2,000 orang yang terdiri daripaada orang Bajau dan Iranun telah mencabar SHTI di perairan Teluk Marudu dengan menyediakan kubu bagi menghadapi serangan askar penjajah. Walau pun beliau dan pengikutnya tewas, namun semangat juang mereka yang tinggi telah meletakkan pihak penjajah dalam keadaan tertekan. Sharif Uthman telah terkorban dalam peperangan ini dan kubu mereka musnah akibat serangan bertalu-talu dengan kekuatan pihak penjajah serta kelengkapan yang mengatasi peralatan perang Sharif Uthman.
Setelah itu, pihak penjajah terus menerima tentangan hebat dari para pejuang seterusnya seperti Paduka Mat Salleh sekitar tahun 1897 hingga 1900. Tentangan yang dibuat oleh Paduka Mat Salleh memakan masa lebih kurang 3 tahun dan serangan demi serangan dilakukan terhadap kedudukan SBUB yang berpusat di Inanam, Api-Api, Pulau Gaya, Sandakan dan Ambong. SBUB juga terpaksa menghadapi tentangan berterusan daripada para pengikut Mat Salleh iaitu Mat Sator dan Datu Mamuda yang menyerang Kudat pada April 1900, serta Kamunta yang menyerang Tempasuk dan Menggatal pada Mei 1900.
Selepas tahun 1915, SBUB berasa selesa apabila penentangan secara fizikal terhenti sehinggalah Jepun menduduki Sabah sekitar tahun 1942. Namun begitu muncul juga beberapa persatuan yang aktif dan memberi kesedaran kepada masyarakat seperti Persatuan Melayu Tawau (PMT) yang berasaskan kepada gerakan politik Islam, lahir Cawangan Persatuan Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) pada tahun 1939 di Jesselton, Tawau serta Labuan dan juga kemunculan Persatuan Barisan Pemuda (BARIP) pada tahun 1939 di Jesselton. Gerakan ini dipimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan dan mereka ini telah mendapat pendedahan daripada para pejuang di Semenanjung Tanah Melayu serta Indonesia.
Kesedaran semakin memuncuk apabila Jepun menyerang segala kedudukan penjajah di Asia Tenggara pada tahun 1941. Walaupun Jepun hadir dengan sikap tegas serta dianggap zalim, namun semangat ‘Asia untuk Asia’ telah membantu memberi kesedaran kepada golongan berpendidikan. Kesannya selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, pertubuhan sebelum Jepun telah bergerak semula dan juga muncul beberapa persatuan dan pertubuhan baru yang bertindak sebagai badan pendesak agar kemerdekaan diberikan kepada Sabah. Antara pertubuhan itu ialah Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PMKL) ditubuhkan pada Ogos 1946, UNKO, Ogos 1961, PASOK, Parti Demokrat, BUNAP, KONGRES, Oktober 1961 dan USNO, 24 Disember 1961.
Parti-parti politik ini telah melancarkan gerakan secara bersepadu untuk menuntut kemerdekaan Sabah, di mana USNO diketuai oleh Datu Mustapha Datu Harun, UNKO dipimpin oleh Donald Stephen, PASOK diterajui oleh G. Sundang dan beberapa pertubuhan lain mendesak supaya Sabah dibebaskan sepenuhnya dari cengkaman penjajahan. Semua persatuan ini mempunyai matlamat yang sama untuk menuntut kemerdekaan walau pun bergerak dalam persatuan masing-masing. Oleh kerana tekanan yang kuat, maka pihak kerajaan British menimbang tuntutan ini dan bersedia untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan akhirnya Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963.
Menurut beberapa sumber, kemerdekaan Sabah juga ini dipercepatkan apabila Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mencadangkan satu kerjasama ekonomi dan politik serantau bagi mengekang pengaruh komunis dan antara yang terlibat ialah Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. Cadangan ini telah dikemukakan padda 27 Mei 1961 semasa persidangan Persatuan Wartawan di Hotel Adelphi Singapura. Selepas itu ditubuhakan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia pada 21 Julai 1961 dan diketuai oleh Donald Stephen.
Setelah kemerdekaan dicapai, maka pungutan suara yang dipantau oleh PBB di Sabah, Sarawak dan Singapura mendapati majority rakyat menyokong penubuhan Malaysia dan tarikh 16 Septembar 1963 adalah hari pembentukan Malaysia, di mana Sabah, Sarawak, Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu bergabung menjadi satu negara. Maka diisytiharkan bahawa Hari Kemerdekaan Malaysia akan disambut setiap 31 Ogos, walau pun Hari Malaysia atau tarikh pembentukan Malaysia ialah 16 September 1963, sebagai tanda kerjasama, perpaduan, kekuatan dan perkongsian kuasa dan wilayah. Sabah dan Sarawak diberi keistimewaan dengan 20 perkara yang melindungi hak-hak rakyat Sabah yang lambat merdeka 6 tahun berbanding Semenanjung Tanah Melayu.
Kini 50 tahun sudah berlalu Sabah merdeka dalam usia setengah abad lamanya. Rakyat yang terlibat mengundi dalam pilihan raya pertama Sabah mungkin masih ada yang hidup lagi, begitu juga generasi yang lahir sebelum merdeka masih menghirup udara segar kemerdekaan ini. Namun udara kemederkaan ini amat berbeza sekali diawal Sabah merdeka. Generasi yang lahir dalam zaman merdeka ini adalah generasi dominan, mereka mentafsir kemerdekaan jauh bezanya dengan tafsiran generasi sebelum mereka.
Generasi awal menuntut kemerdekaan untuk kebebasan secara fizikal dari kuasa penjajah tanpa memikirkan kebebasan jiwa merdeka. Kemerdekaan menyeluruh cuba diterapkan dan dilaksanakan, namun kebebasan sepenuhnya sukar untuk dicapai. Agenda utama untuk membangunkan Sabah Merdeka tertumpu kepada fizikal mengindahkan bandar-bandar utama tetapi terabainya keperluan asas rakyat luar bandar. Masa 50 tahun adalah tempoh yang panjang bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi rakyat yang sudah merdeka.
Memacu ekonomi dalam konteks merdeka, rakyat masih ketinggalan dan pencapaian serta penguasaan ekonomi sekitar 22% sahaja. Kelesuan mengangkat ekonomi bumiputra merupakan agenda ‘Lebai Pak Malang’ yang penuh dengan mimpi dan angan-angan. Mendidik rakyat sebagai usahawan ulung dan unggul tidak menjadi misi utama, bahkan rakyat diajar menjadi pengemis ekonomi dengan teori ‘Jutawan Segera’. Keadaan ini berlaku kerana cara berfikir yang masih terikat terhadap legasi penjajah secara berterusan walaupun penjajah sudah meninggalkan bumi Sabah ini 50 tahun yang lalu.
Fair and Safe Casino | Slot machines & free spins
ReplyDeleteFair Casino is a fun casino from the folks at Flutter. Their games febcasino are unique and their payouts are fun to play. With so 바카라 사이트 many options to choose deccasino from,